Dah agak lama saya tidak membuat entri terbaru didalam blog ini.
maklum la kebelakangan ini saya agak sibuk dengan urusan harian
mengenai tajuk entri saya pada kali ini
"Gambar yang tidak elok jangan dibuang"
bermaksud gambar yang tidak berapa menjadi jangan la terus di "delete" atau dibuang
ini kerana sebelum ini saya telah menerima satu tugasan untuk membuat album dari salah seorang kawan saya
dia telah mengambil gambar kawin sepupunya tanpa pengalaman yang cukup untuk menjadi fotografer perkahwinan..
kebanyakan gambar yang dihasilkan agak kurang dari segi komposisi dan lain2
tetapi apa yang saya dapat dari tugasan kali ini..
setiap gambar terhasil adalah satu "moment" yang tidak dapat dibuat semula
jadi setiap gambar itu menyimpan suatu ingatan untuk tuan gambar
dan yang paling penting saya berlajar gambar yang mula2 tidak berapa menjadi tidak boleh dibunag begitu sahaja kerana si setiap gambar terhasil itu terselit satu kenangan untuk pasangan itu..
jadi saya mencuba apa yang saya termampu untuk menyelamatkan gambar itu
disini saya akan tunjukkan beberapa hasil sebelum dan selepas..
namun ada beberapa kekangan yang saya tidak dapat membetulkan balik gambar itu seperti gambar yg tidak sharp dan blur..
di atas adalah gambar sebelum
dibawah adalah gambar selepas
disini gambar asal tidak beberapa sharp dah komposisi gambar tidak beberapa menarik tetapi ada 'moment' disitu lalu saya melakukan cropping sedikit dah menukarkan kepada B&W
di atas adalah gambar asal
dibawah ini gambar selepas diedit
sini saya crpo sedikit gambar untuk mendapatkan kemudian dan menukarkan gambar ini kepada high key kerana gambar asal sudah overexposed.
jadi cara terbaik menyelamatkan gambar ini dengan bermain high key..
di atas adalah gambar asal
dibawah ini gambar selepas diedit
gambar ini saya crop sedikit untuk mendapatkan komposisi yang lebih baik mengikut RO3
dan menukarkannya kepada monotone kerana gambar ini tidak sharp dan blur sedikit
menukarkan gambar kepada monotone atau B&W adalah cara terbaik untuk menyelamatkan gambar yang blur dan tiak beberapa sharp
di atas adalah gambar asal
dibawah ini gambar selepas diedit
gambar asal gambar ini adalah underexposed dan agak gelap..
jadi saya terpaksa membetulkan kembali gambar ini kemudian menaikkan kembali warna didalam gambar
sekiranya dilihat gambr-gambar kali ini tidak la seberapa menarik kerana untuk menghasilkan gambar terbaik dan menarik,gambar asal mesti lah terbaik dan juga menarik baru lah hasilnya menarik..
gambar-gambar ini bukan saya yang menjadi photographer.
saya hanya menolong sorang kawan..
tapi apa yang penting disini gambar yang tidak menjadi jika diedit akan dapat menyelamatkan gambar itu..
kepada pembaca-pembaca sekelian sekiranya anda ingin melihat hasil saya yang terbaru anda boleh pergi ke fan page saya ini kerana buat masa sekarang saya jarang mengemas kini blog ini kerana sibuk sedikit..
jadi jangan lupa datang ke fan page saya di facebook dan like yea..