Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

KISAH BUBU DAN HK

  • Saturday, November 20, 2010
  • JeR@Ns




  • Pada zaman dahulu kala ada seberuang teddy bear yang gebu dan ianya dipanggil or in english AKA BUBU.
    Nk dipendek kan cerita la si BUBU ni sangat2 la kasihan kerana die tiada seberuang pun yang hendak menjadi kawannya oleh kerana sikap si BUBU ini yg suka mempergunakan kecomelannya untuk membuat sesuati yg tidak baik.
    Antara sikap buruk yang dimiliki si BUBU ini adalah suka mempergunakan kecomelannya untuk mendapat perhatian tuannya dan tidur bersama-sama tuannya tanpa memberi peluang kepada beruang-beruang atau teddy-teddy bear lain untuk merasa kasih sayang tuannya..
    Lantaran itu,si BUBU ini dipulaukan oleh kaum-kaum,entik-etnik serta sedara-mara beruang lain termasuklah grizzly bear (mungkin sebab itu grizzly bear ini digelar beruang paling ganas sebab menyimpan dendam kepada manusia kerana tuannya melebihi BUBU daripadanya).
    Lalu tinggal la si BUBU keseorangan melayan perasaan kerana dipulaukan oleh puak-puak beruang..
    dan feveret spot bubu adalah tepi jendela..
    Macam lirik lagu Too Phat-ku merenungi luar jendela mengkagumi kebesaran yg maha esa.ku memandang dari sudut berbeza.
    Bubu cuba memandang dari sudut berbeza..walaupun sudut pandangan jendela Bubu adalah sama..


    Bubu terasa dirinya dah macam kumpulan Too Phat juga yang mana Malique Ibrahim dan  Joe Flizzow sudah berpecah tetapi Bubu bukan la kumpulan Too Phat kerana dia lansung tidak pandai Rapping..
    Cuma dia merasakan begitu kerana dia sudah berpecah dengan kumpulan beruangnya..

    Nak dipendekkan cerita lagi (padahal ak dh kering idea ni), suatu hari Bubu terjumpa la dengan sekoala yang lebih dikenali Happy Koala atau nama famous die adalah HK..
    Lalu dengan rasa senang hati dan lega hati serta berhati-hati, si Bubu ini berkenalan dengan si HK ini..
    Justeru itu terjalin la ikatan persahabatan antara dua orang ekor sahabat ini..
    ikatan persahabatan mereka sungguh la suci setulus hati..
    HK dengan senungguhya bersahabat dengan Bubu..
    Sesungguhnya niat HK bersahabat adalah ikhlas sesuci minyak masak seri murni goreng 2 kali pun tak apa..
    Lalu bersahabat la dua ekor ini..Bubu selalu membawa HK ke favorite tempat Bubu melepak iaitu di tepi jendela melihat matahari terbenam..


    HK sangat la suka melepak-lepak bersama-sama Bubu walaupun HK tau melepak adalah amalan yang tidak beberapa mulia kerana membazir masa..
    Tapi atas semangat setia kawan HK tetap menemani Bubu melepak di jendela


    Di pendekkan cerita lagi, pada hujung semester ini/ tengah bulan..Bubu telah kehabisan wang kerana die sangat kuat makan.
    Bubu merasa runsing kerana tidak tahu apa yang perlu dimakannya kerana biasanya dia hanya makan KFC, Kenny Roger dan macam-macam lagi yang mahal-mahal..
    Ketika Bubu sedang melepak-lepak dengan HK baru la Bubu terperasan sesuatu kepada HK..

    Rupa-rupanya baru Bubu terperasan yang HK mempunyai banyak duit..
    Bubu tidak sedar sebelum ini kerana semasa melepak-lepak dengan HK dia asyik memandang keluar jendela dan Bubu jarang melihat badan HK kerana pada pendapat dia buat apa nk pandang badan sama jantina,aku bukannye gay pun..
    Lalu dengan niat yang jahat Bubu merancang sesuatu untuk HK.Bubu bukannya merancang parti hari jadi kerana hari jadi HK lambat lagi
    Dengan sepantas seperti memasak maggie kari yang hanya memerlukan 2 minit untuk masak, Bubu membuat persiapan kerana Bubu sudah tidak dapat menahan rasa lapar..
    Tetapi Bubu bukan masak meggi kari kerana bukan standart Bubu untuk makan meggi kari.
    Lalu dengan tanpa rasa belas kasihan Bubu memulakan langkah(bukan nk silat la) untuk mencapai matlamatnya.Padanya untuk mencapai matlamat dia perlu menghalalkan cara(xelok ye semua ini contoh yang tidak baik).
    Pada petang itu ketika masa melepak bersama-sama HK, Bubu menyelinap kebelakang HK secara senyap-senyap..


    Dan seperti biasa, Bubu berjaya mencapai matlamatnya..Hanya kerana wang ringgit, Bubu sanggup mengkhianati ikatan persahabatan sesuci minyak masak seri murni.


    HK merasa sedih kerana ikatan yang dijalinkan tidak sekukuh mana,mungkin HK perlu membuat simpulan manok atau balak untuk mengukuhkan ikatan persahabatan mereka..
    Akan tetapi semua itu sudah terlambat, ikatan itu telah dicemari oleh perbuatan Bubu dan xmungkin dia dapat memaafkan Bubu kerana dia tidak melupakan apa yang dilakukan Bubu..
    Lalu HK berlalu pergi sambil menyanyikan lagu tema Hati yang telah disakiti..
    Selepas itu Bubu bersuka-ria dan berjoli katak kerana die telah untung besar dan boleh makan besar..
    ke esokkan harinya Bubu melepak di tepi jendela..Namun situasinya sudah berlainan kerana die bukan lagi berdua bersama-sama HK..Walaupun kata Acha Septriasa Berdua Lebih Baik..
    Tapi nasi sudah menjadi bubur(tapi boleh jadi nasi lagi kan?jadi nasi air)..HK tidak mungkin melepak-lepak bersama-sama Bubu..
    Kini hidup Bubu adalah antara 2ALAM(dR Rosmey yang pecah punggung)..Dia berada di alam realiti dan awang-awangan kerana keseorangan merenungi luar jendela tidak berteman...


    TAMMAT

    11 comments:

    juezulaikha said...

    eish2......cian HK... =( apalah bubu 2.... pnjg tol stry nye...leh wat cte tok budak2

    JeR@Ns said...

    tgh boring2 n otak tgh melalut..
    2 yg jd panjang 2..
    hahaha

    iyou said...

    wah! besnye stoli moli mcm nih!! i loike!!!

    buat lagi! buat lagi! cite len plak! hehehehehe.. boleh buat buku!

    iwan_poyo95 said...

    mana gambo hk tu kene ketuk?kene masuk adegan tu...terburai perut hk....bnyk duit....sayang tabung ek?hahahhahah

    JeR@Ns said...

    isyh...
    syg tabung 2..
    bnyk 2 duit dlm 300..
    kalo pecah pale HK kang nk sinpan mane?
    hahaha

    beloglala~ said...

    hahhahahha
    kalau pecah bahagi dua taw:) haha

    JeR@Ns said...

    xnk bg cik lala

    Lady Anne said...

    kecian HK..~~ ngee~~

    Mrs. Asida said...

    alamak.. kisah sedih.. sian HK.. :(

    Sarah-rah-rah said...

    tabung pun comel, tabung saya ialan bawah tilam saje :P hehe kesian HK.

    luvpinkja said...

    mwahaha. nice story. btw, we got same bubu okayy..!
    but my bubu smaller than yours.. tehee..
    keep on shooting dude.

    Post a Comment

    (c) Copyright 2010 Brain Freeze. Blogger template by Bloggermint